06/03/2013

People will never stop asking...

When you're single, people ask about gf/bf.

When you have one, they ask is there any future?
When u have a fiance, they ask about wedding?
When u get married, they ask when will u have a baby?
When u already have one, they ask when is little brother or sister coming?
When u get... divorced, they ask why?
If u moved on, they ask why so quickly?
People will never stop asking...

If you're proud of who u are and u don't care about what people think about you, because it's YOUR LIFE and YOU alone should decide how to LIVE IT.

*copypaste

05/03/2013

LaHaD DaTu,SaBaH

take care awak.. 
saya doakan semuanya selamat..
dan doa rakyat malaysia sentiasa mengiringi kalian..

the most important.. DOA


#PrayForSabah

thanks..atas ingatan awak pada saya..


05/02/2013

diyana

..mencari DIYANA yang kini menghilang.. 
..wake up DIYANA..
..come on..kau harus tabah..be strong..

26/12/2012

Banjir..2001 dalam kenangan

apabila banjir melanda bandar kuantan baruII nie dan hampir melumpuhkan seluruh bandar kuantan tetibe memori aku terus terlakar kenanganII semasa banjir besar yang melanda kawasan rumah aku kat sungai isap..semua perumahan dan kawasan dalam sungai isap ini tenggelam..masa tu aku baru je berumur 9 tahun..dan adik aku yang bongsu still lagi dalam kandungan mak aku..masa kejadian tu berlaku masih lagi dalam mood raya..masa kejadian tu parent aku,aku,adik aku yang first, arwah nenek aku dan sepupu aku dua orang ada kat rumah..abang aku kene tinggal kat kampung sebab tak muat kereta dah nak balik sekali..

pagi dalam lingkungan 02.30 pg..
arwah nenek aku kejutkan aku ngan spupuII aku bangun.."bangunII..air masuk rumah"..tu la kataII arwah nenek aku..aku ngan sepupu aku yg masih mamai nie bangun dan tengok tak dek pun air masuk dalam bilik aku..keluar2 je tengok air dah penuh dekat ruang tamu..dan kenangan paling best mak ayah ngan nenek aku sibuk kemasII barang aku ngan spupuII aku siap boleh main rajaII lagi..maklumlah kedudukan kerusi dah tinggi..haha..buruk betul perangai..bukan nak menolong..menyemak adalah..haha

siang kejadian..
dalam pukul 7.30 kiteorang satu perumahan dapat arahan suruh pindah dan pastikan ahli keluarga masingII cukup bilangannya..kiteorang ramaiII harung banjir nak pergi ke pusat pemindahan..sampai kat depan lorong  rumah aku ada bot bomba dan penyelamat dah tunggu..muka bangga je dapat naik bot..haha..sampai kat satu tempat tuh kiteorang kene turun..sebab bot tersangkut dengan bonggol..so dah tak boleh gerak..jalan lah kaki sampai ke depan..air punya la tinggi sampai ke paras bahu aku..jinjit aku jalan dalam air.. takut lemas..haha..sampai satu tempat tu ada seorang nenek yang lebih kurang sebaya dengan arwah nenek aku tumpang die naik rakit..macam best je tengok nenekII tu naik rakit.. =).. sampai kat depan simpang masuk perumahan sungai isap tu truckII polis dan tentera dah sedia menanti..kiteorang ditempatkan di sekolah kebangsaan batu 3..

sampai kat sana ada mak cik tu bagi makan free..kebetulan rumah die kat area sekolah tu buat buat kenduri khawin..tapi dah banjir..so kira dah rezeki kiteorang la dapat makan..kiteorang duduk dalam kelas tingkat 3..atas sekali..sebab kat kelas tingkat bawah dah ditutup sebab ditenggelami air..aku pun tidur tak sedar dunia atas meja kelas tuh..sedarII adik aku dah dapat baju..dan tengahII mamai tu ada orang hulur mamee kat aku..dan sempat lagi diaorang yang ada kat pusat pemindahan tu "shoping" makanan kat pasaraya NIRWANA kat seberang sekolah tuh..siap mak aku kirim air vitagen lagi..haha

menjelang malam..
atas arahan Sultan Pahang kami sekali lagi diarahkan berpindah ke Dewan Mat Kilau (dekat KIPSAS) sebab keadaan sekolah tuh sendiri ditenggelami air dan bekalan elektri telah diputuskan atas tujuan keselamatan..masa orangII lain sibuk berpindah ke tempat lain..pak cik - pak cik aku angkut kiteorang naik motor pindah ke rumah mak saudara aku di semambu..

keesokan harinya..

pak cik aku dari kampung datang ambil kiteorang kat rumah mak saudara aku dan finally family kiteorang balik kampung..tapi ayah aku tak follow..nak tengok keadaan rumah,,tak silap aku masa tuh banjir dah beransur surut..dan kerjaII pembersihan rumah ayah aku yang settlekan bersamaII pak cik - pak cik aku..dan banyak jugak lah yang aku dengar jumpe macamII jenis binatang sesat..ikan lah..belut..ular air dan macamII lagi lah..

#sebahagian memori bersama arwah nenek tersayang..dan tak terfikir plak nak snap pic =')



23/12/2012

.. awak ..


Awak ,
maafkan saya sbb dh kurang beri perhatian pd awak,
saya hanya memerhati awak dari jauh ,
maafkan saya kerana dah jarang ambil tahu pasal awak ,
mungkin hati ini sudah beku,
mungkin jua hati ini semakin jauh ..

Awak ,
Bagi saya mengenali awak adalah memori terindah utk saya ,
Allah telah temukan kita ,
semakin saya menidakkan kehadiran awak ,
semakin awak hadir dalam hidup saya ..

Awak ,
Biarlah saya begini ,
Allah lebih tahu
apa sahaja yg akan terjadi ,
Hanya Allah yg tahu perasaan saya ,
Saya tahu saya tidak bererti lgsg pd awak,
Saya doakan awak akan bahagia dan terus bahagia ,
walaupun tanpa diri saya .

Awak ,
Maafkan saya sekali lagi ,
Maafkan saya kerana jauhkan diri dari awak,
Semoga saya dan awak menemui cinta sejati ,

Cinta yg menuju ke jalan Allah ,
Cinta kekal Abadi ,
Cinta pada Yg Maha Esa

#kopi dan pasta

chaiyok cik didin

sedar tak sedar perjuangan aku dah hampir pada garisan penamatnya..dua tahun telah berlalu dan setahun lagi bakal dilalui..sepanjang dua tahun ini sudah banyak kenangan,pengalaman, pengetahuan yang aku dapat..so semester kali ini semakin mencabar.. tujuh subjek yg akan aku ambil dan empat daripadanya mempunyai credit hour yang tinggi..dan semua lectureII pada kali ini lelaki..kecuali lecture communicative english 3..harapII mereka sportingII belake..dan agak tekanan lah bagi aku sebab subject first yang aku belajar ambik masa 2 jam untuk menerangkan definisi..definisi sahaja...but..think positive lah kan..even byk tersimpang dari subject pun tp sekurangIInya still dapat ilmu disitu..dan paling part paling happy Penasihat Akedemik aku a.k.a PA kembali bertugas setelah sekian lame cuti sakit..seolah menyambut kepulangan kami dari praktikal gitu..semoga semester kali ini aku dapat bangkit dari kejatuhan aku pada semester yg sudahII..  dan azimat lecture aku yang menegaskan semester ini adalah semester untuk mengekalkan atau memperbaiki pointer sebelum ini kerana masa sudah suntuk untuk lakukan semua itu akan menjadi pengangan sepanjang semester ini(mudahIIan)..semoga semester kali ini lebih baik berbanding semesterII yang lepas..umur pun dah meningkat kan..?? =)

18/11/2012

unforgettable journey with my beloved buddies

first aku nak ucap terima kasih untuk lakaran memori kali ini..macamII yang berlaku
sepanjang perjalanan kali ini..peristiwa manis pahit berselang-seli..sungai lembing akan ada
dalam memori aku forever..dari first perjalanan dari nak ke balok ikut jalan jauh..dan tak
perasan kehadiran lori tu..dan paling penting zaman kejatuhan..bukan sekali..tapi dua kali..
first..sori kepada tuan punye motor..motor tercalar dan side mirror pecah(dua kali jatuh kot)...sepatutnye tieah..ko patut ucap terima kasih kat aku sbb aku ko dpt "mandi" air bukit..diaowang tak dapat..ko je..spesial kot..haha...dan sorry jugak buat korang risau atas "kepengsanan sementara" aku (sayang jugak korang kat aku.. =P )..serius..mase second time aku jatuh tu aku rase tak nak bangun je..nak baring kat situ..best kot..dapat la hadiah calarII kat kaki dan tangan dan lembamII..terbaikkk la..dan aku tak akan lupe mimik muka tak bersalah ana mase dia ckp "sieha member ko hilang"..siap gelak lagi tuh..lastII ke panching jugak kita kan..dah selamat sampai ke panching dan dah nak balik dah pun boleh pulak motor wahida pancit kan..yang aku tak boleh bla nye pak cik/ abang tu berusaha potong line kiri kat kawasan pembinaan semata-mata nak cakap kat aku yang motor wahida tayar pancit..nak tak nak percaya je aku kat orang tuh..dah la menganggu konsentrasi aku nak bawak motor..dan part aku paling suke..mandi hujan mase nak balik..sejuk wooo..dannnn finally handset aku tertinggal kat rumah sieha.....arghhhh..hidup la tanpa handset semalaman.. =)


p/s : kenangan semalam tak mungkin dapat kita cipta kembali biarpun kita melangkah ke tempat itu kembali..thanks for the moment

antara gambar yang sempat di "snap"