29/05/2013

Rabu, 28 Mei2013

assalamualaikum.. mesti ter-tanya2 kan kenapa 28 mei 2013 menjadi tajuk entry aku kali ini kan.. tarikh nie memberikan aku sedikit kesan pada aku.. antara yang terjadi ialah

1. Hari Lahir Adik Yang Bongsu

hari nie genaplah usia adik aku 11 tahun.. dah pandai demand tak nak kek sebagai tapi nak KFC.. amboi3.. kalau macam tu birthday aku nanti aku nak request PIZZA HUT lah boleh?? ye la kan tiap2 tahun kek je.. sekali sekala tukar lah selera lah pulak kan.. apaII pun semoga Allah terus melindungi dan menjadi anak yang solehah untuk keluarga..

2. Keputusan Peperiksaan Akhir

aku akui aku agak kecewa dengan pointer aku semester ini.. tapi bak kata pepatah "what you give you will get".. aku pun dapat rasakan yang aku banyak main pada semester ini dan kurang fokus serta mental agak down.. apaII pun aku akan usaha yang lebih baik untuk semester terakhir nanti.

3. KEHILANGAN Rakan Sepejuangan

berita pemergiaan rakan sekelas benarII mengejutkan aku dan hampir semua classmate tidak percaya apa yang telah didengar.. dan ini merupakan pemergiaan yang keempat yang aku dengar untuk tahun ini.. walaupun tidak sebegitu rapat dengan arwah tapi still rase kehilangan sebab arwah adalah antara penghibur kelas kami..dan arwah meninggal dalam keadaan yang mulia bagi aku.. kerana menurut keluarga arwah, arwah meninggal ketika dalam perjalanan untuk ke masjid untuk menunaikan solat zuhur.. arwah terlibat dengan kemalangan dan motor yang arwah naik agak teruk.. arwah meninggal di tempat kejadian..walaupun keratan akhbar sedikit berbeza.. (tak tahu mana satu betul).. sedih juga mengenangkan.. kerana perjuangan kami hanya tinggal satu semester untuk samaII mengenggam secebis DIPLOMA.. Al-Fatihah untuk arwah dan semoga kau tenang disana dan ditempatkan dalam golongan orang beriman.. 

4. Menyaksikan perlawanan "Bola Sepak" di Stadium Darul Makmur (SDM)

kenapa perlu ada tanda (" ") ? sebenarnya bukan tengok aksi perlawanan bola sepak tetapi tengok sikap segenlintir penyokong yang kurang bertamadun.. dan ekstra nya kucing melepaskan "hajat" ditengah-tengah padang.. mungkin tanda protes sebab kene bayar harga tiket lastII perlawanan ditunda.. Pihak A salahkan B.. Pihak B salahkan A..  come on lah.. masingII dah besar dan aku harap sengketa antara kedua-dua penyokong tidak berpanjangan kerana kita tetap HARIMAU MALAYA.. hehe.. peace

15/05/2013

saat yang pasti akan tiba

assalamualaikum..entry kali nie aku nak membicarakan tentang sebuah kematian.. cepat atau lambat saat itu pasti akan tiba.. kadangII tertanya-tanya juga macamana saat ajal menjemput aku pulang nanti?? cukupkah bekalan yang akan aku bawa?? satu persatu orang yang aku kenal/sekeliling aku pulang menghadap Illahi..dan ada yang lebih muda daripada ku.. 


semoga roh kalian ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Al-Fatihah