07/09/2014

baik

Bagaimana mahu mendapat yang baik
Kalau diri belum cukup baik
Bagaimana menjadi baik
Kalau masih tak baik-baik
Asal kita memang baik-baik
Moga akhirnya baik-baik saja
Lebih baik jadi orang baik
Daripada jadi orang yang tidak baik
Selalu fikir yang baik-baik
Kerana Allah itu Maha Baik
Agar kita dapat yang terbaik
InshaAllah

27/05/2014

loghat

dah lame tak buat catatan dekat sini.. rindu plak rasenye.. hai semua.. ape khabar? =D.. ntah kenapa hari nie tiba-tiba nak buat entry pasal loghat nie.. macam aku sdiri more kepada slang pantai timur.. teringat pengalaman tahun lepas.. masa family vacation ke langkawi.. masa tu first time bercakap dengan orang kat sana.. dengan selamber nye aku order makanan dalam loghat pantai timur.. "bang.. burger oblong se.. burger ayam se" dan nasib baik aku cepat pick up sebab aku nampak muka dia blur.. baru aku perasan aku guna perkataan SE.. dan cepat-cepat aku betul kan.. oblong satu.. burger ayam satu (kl dah rase..=P).. sambil tersenyum abang tu tanya aku balik.. owh.. se tu satu erk.. aku jawab yup.. dan dia cakap dia terbayang aku mintak lakse.. tu dia blur sbb kat menu board tak dek tertera perkataan laksa pun.. bila fikir-fikir balik nak gelak pun ada.. dan kisah paling kronik aku rase mase aku semester satu masa kat poli.. roomate aku 4 orang.. semua nya agak fasih dan faham dialek kelantan.. cume seorang tu je bila cakap dalam dialek kelantan mula la tunjuk muka blur.. nak jadikan crita.. sehari tu kiteorang makan same-same.. dan mai jahat kiteorang bertiga mengutuk yg seorang tu dlm loghat kelantan.. haram dia tak faham satu habuk pun.. yg kiteorang nie siap gelak lagi.. dia? tak dek respon langsung.. sampai sekarang dia tak tahu ape yang kiteorang cakap pasal dia.. saje buat dia tertanya-tanya.. haha
*terlalu banyak bahase/slang/dialek/loghat kat malaysia nie..tak terbelajar sebenarnya*

17/05/2014

i will alwalys love u all =D

I love everybody, some I love to be around, some I love to avoid, and others I would love to punch in the face.

14/01/2014

♡ SALAM MAULIDUR RASUL ♡

SALAM MAULIDUR RASUL
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمّ

Malam isnin subuh yang indah
12 Rabiulawal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang sa'adah
Nabi Muhammad S.A.W




27/11/2013

..the end..

tamat sudah perjalanan aku seorang pelajar
pahit manis suka duka kini menjadi memori indah untuk dikenang
banyak input yang diterima
bukan sahaja dalam akedemik
tapi juga dalam aspek kehidupan
terima kasih untuk ilmu yang diberikan
terima kasih untuk memori
terima kasih untuk segala-galanya
ada jodoh,umur panjang jumpa lagi
=D

13/10/2013

Final Final Exam

lebih kurang seminggu lagi final exam akan aku tempuh..final yg terakhir sebelum aku tamatkan pengajian.. semester nie ada 5 paper yang bakal aku lalui.. sedar tak sedar dah masuk semester akhir.. so aku akan tinggalkan dunia sebagai pelajar lepas nie dan melangkah ke alam baru iaitu alam pekerjaan.. perancangan awal aku nak kerja dulu dan cover dulu cikit2 loan yang ada sebelum continue stadi.. dan kalau ada rezeki In Shaa Allah aku nak apply Pengajian Jarak Jauh (PJJ).. nawaitu nak sambung stadi tu ada tapi dalam peratusan yang sangat rendah..

18/09/2013

makin kurus?

"makin kurus ko sekarang ye" - someone
"puan tengok kamu makin kurus..knape kamu sakit ke?" - puan P.A

lately ramai yang cakap macam nie kat aku.. dan sekeras-kerasnya aku menafikan yang aku makin kurus sebab sakit.. alhamdulillah.. masih lagi diberikan kesihatan tubuh badan =D.. bagi menjawap kenyataan ini sebenarnya aku rase aku bukan makin kurus tapi kembali ke berat badan asal ketika awal2 belajar poli hari tu.. bukan makin kurus =D

16/09/2013

rindu dan al- fatihah

..kekadang rindu datang bertandang..
..memori menjenggah..
.kata-kata diawangan..
..namun itu hanya memori..
..hanya kenangan..
..al fatihah..
..moga tenang di"sana"..
..utk arwah pak sdaraku..
..juga untuk rakan sepejuangan..

29/05/2013

Rabu, 28 Mei2013

assalamualaikum.. mesti ter-tanya2 kan kenapa 28 mei 2013 menjadi tajuk entry aku kali ini kan.. tarikh nie memberikan aku sedikit kesan pada aku.. antara yang terjadi ialah

1. Hari Lahir Adik Yang Bongsu

hari nie genaplah usia adik aku 11 tahun.. dah pandai demand tak nak kek sebagai tapi nak KFC.. amboi3.. kalau macam tu birthday aku nanti aku nak request PIZZA HUT lah boleh?? ye la kan tiap2 tahun kek je.. sekali sekala tukar lah selera lah pulak kan.. apaII pun semoga Allah terus melindungi dan menjadi anak yang solehah untuk keluarga..

2. Keputusan Peperiksaan Akhir

aku akui aku agak kecewa dengan pointer aku semester ini.. tapi bak kata pepatah "what you give you will get".. aku pun dapat rasakan yang aku banyak main pada semester ini dan kurang fokus serta mental agak down.. apaII pun aku akan usaha yang lebih baik untuk semester terakhir nanti.

3. KEHILANGAN Rakan Sepejuangan

berita pemergiaan rakan sekelas benarII mengejutkan aku dan hampir semua classmate tidak percaya apa yang telah didengar.. dan ini merupakan pemergiaan yang keempat yang aku dengar untuk tahun ini.. walaupun tidak sebegitu rapat dengan arwah tapi still rase kehilangan sebab arwah adalah antara penghibur kelas kami..dan arwah meninggal dalam keadaan yang mulia bagi aku.. kerana menurut keluarga arwah, arwah meninggal ketika dalam perjalanan untuk ke masjid untuk menunaikan solat zuhur.. arwah terlibat dengan kemalangan dan motor yang arwah naik agak teruk.. arwah meninggal di tempat kejadian..walaupun keratan akhbar sedikit berbeza.. (tak tahu mana satu betul).. sedih juga mengenangkan.. kerana perjuangan kami hanya tinggal satu semester untuk samaII mengenggam secebis DIPLOMA.. Al-Fatihah untuk arwah dan semoga kau tenang disana dan ditempatkan dalam golongan orang beriman.. 

4. Menyaksikan perlawanan "Bola Sepak" di Stadium Darul Makmur (SDM)

kenapa perlu ada tanda (" ") ? sebenarnya bukan tengok aksi perlawanan bola sepak tetapi tengok sikap segenlintir penyokong yang kurang bertamadun.. dan ekstra nya kucing melepaskan "hajat" ditengah-tengah padang.. mungkin tanda protes sebab kene bayar harga tiket lastII perlawanan ditunda.. Pihak A salahkan B.. Pihak B salahkan A..  come on lah.. masingII dah besar dan aku harap sengketa antara kedua-dua penyokong tidak berpanjangan kerana kita tetap HARIMAU MALAYA.. hehe.. peace

15/05/2013

saat yang pasti akan tiba

assalamualaikum..entry kali nie aku nak membicarakan tentang sebuah kematian.. cepat atau lambat saat itu pasti akan tiba.. kadangII tertanya-tanya juga macamana saat ajal menjemput aku pulang nanti?? cukupkah bekalan yang akan aku bawa?? satu persatu orang yang aku kenal/sekeliling aku pulang menghadap Illahi..dan ada yang lebih muda daripada ku.. 


semoga roh kalian ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Al-Fatihah


22/04/2013

final exam

peteh diyana peteh..ehh tetibe =D
selamat berjuang untuk final semester 5..
sesungguhnya anda hampir pada jalan penamat..
sabar..sabar dan teruskan bersabar..
buat rakan sepejuangan..
selamat "berjuang" semua

05/04/2013

kadangII kita tak faham kenapa hati kita memberontak..
kadangII kita tak mampu fahami apa yang hati kita inginkan..
kadangII otak sudah tepu untuk menenangkan hati yang memberontak..
kadangII otak bergaduh dengan hati untuk merelakan..
kadangII hati dan otak berjalan berasingan..
kadangII otak melawan terus melawan hati yang degil..

setiap persoalan ada jawapan..
setiap masalah ada penyelesaian..
lambat atau cepat..semuanya terungkap..
bersabarlah lah duhai hati..

la tahzan sayangku,diyana kharuddin

22/03/2013

~> aku sedang belajar memaafkan orangII yang telah melukakan aku samada mereka sedar atau tidak..aku sedang belajar bersabar atas setiap apa yang terjadi..walaupun telah ada sedikit ketidaksabaran itu telah berlaku..maafkan aku atas tindak balas yang telah aku lakukan..aku sedang belajar menerima hakikat yang aku juga bersalah dalam setiap apa yang telah terjadi..kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi <~

mistakes are meant to be made, just make sure you learn from them

10/03/2013

hari ini milik anda

"aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan: "wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi.

"wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."

"hari ini milik anda", adalah ungkapan paling indah dalam "kamus kebahagiaan", kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.



aku tertarik dengan 3 perenggan terakhir bab 3 : Hari Ini Milik Anda..dalam buku "Jangan Bersedih : Don't Be Sad" yang aku beli guna Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)..bagi pandangan personal aku tak perlu kita sesali apa yang sudah berlaku semalam kerana ia telah berlaku dan kita tidak dapat mengubahnya..hari ini milik kita..dan esok masih dalam keghaiban kerana tak semua yang kita rancang akan berlaku..

"setelah kesulitan pasti ada kesenangan"

06/03/2013

People will never stop asking...

When you're single, people ask about gf/bf.

When you have one, they ask is there any future?
When u have a fiance, they ask about wedding?
When u get married, they ask when will u have a baby?
When u already have one, they ask when is little brother or sister coming?
When u get... divorced, they ask why?
If u moved on, they ask why so quickly?
People will never stop asking...

If you're proud of who u are and u don't care about what people think about you, because it's YOUR LIFE and YOU alone should decide how to LIVE IT.

*copypaste

05/03/2013

LaHaD DaTu,SaBaH

take care awak.. 
saya doakan semuanya selamat..
dan doa rakyat malaysia sentiasa mengiringi kalian..

the most important.. DOA


#PrayForSabah

thanks..atas ingatan awak pada saya..


05/02/2013

diyana

..mencari DIYANA yang kini menghilang.. 
..wake up DIYANA..
..come on..kau harus tabah..be strong..

26/12/2012

Banjir..2001 dalam kenangan

apabila banjir melanda bandar kuantan baruII nie dan hampir melumpuhkan seluruh bandar kuantan tetibe memori aku terus terlakar kenanganII semasa banjir besar yang melanda kawasan rumah aku kat sungai isap..semua perumahan dan kawasan dalam sungai isap ini tenggelam..masa tu aku baru je berumur 9 tahun..dan adik aku yang bongsu still lagi dalam kandungan mak aku..masa kejadian tu berlaku masih lagi dalam mood raya..masa kejadian tu parent aku,aku,adik aku yang first, arwah nenek aku dan sepupu aku dua orang ada kat rumah..abang aku kene tinggal kat kampung sebab tak muat kereta dah nak balik sekali..

pagi dalam lingkungan 02.30 pg..
arwah nenek aku kejutkan aku ngan spupuII aku bangun.."bangunII..air masuk rumah"..tu la kataII arwah nenek aku..aku ngan sepupu aku yg masih mamai nie bangun dan tengok tak dek pun air masuk dalam bilik aku..keluar2 je tengok air dah penuh dekat ruang tamu..dan kenangan paling best mak ayah ngan nenek aku sibuk kemasII barang aku ngan spupuII aku siap boleh main rajaII lagi..maklumlah kedudukan kerusi dah tinggi..haha..buruk betul perangai..bukan nak menolong..menyemak adalah..haha

siang kejadian..
dalam pukul 7.30 kiteorang satu perumahan dapat arahan suruh pindah dan pastikan ahli keluarga masingII cukup bilangannya..kiteorang ramaiII harung banjir nak pergi ke pusat pemindahan..sampai kat depan lorong  rumah aku ada bot bomba dan penyelamat dah tunggu..muka bangga je dapat naik bot..haha..sampai kat satu tempat tuh kiteorang kene turun..sebab bot tersangkut dengan bonggol..so dah tak boleh gerak..jalan lah kaki sampai ke depan..air punya la tinggi sampai ke paras bahu aku..jinjit aku jalan dalam air.. takut lemas..haha..sampai satu tempat tu ada seorang nenek yang lebih kurang sebaya dengan arwah nenek aku tumpang die naik rakit..macam best je tengok nenekII tu naik rakit.. =).. sampai kat depan simpang masuk perumahan sungai isap tu truckII polis dan tentera dah sedia menanti..kiteorang ditempatkan di sekolah kebangsaan batu 3..

sampai kat sana ada mak cik tu bagi makan free..kebetulan rumah die kat area sekolah tu buat buat kenduri khawin..tapi dah banjir..so kira dah rezeki kiteorang la dapat makan..kiteorang duduk dalam kelas tingkat 3..atas sekali..sebab kat kelas tingkat bawah dah ditutup sebab ditenggelami air..aku pun tidur tak sedar dunia atas meja kelas tuh..sedarII adik aku dah dapat baju..dan tengahII mamai tu ada orang hulur mamee kat aku..dan sempat lagi diaorang yang ada kat pusat pemindahan tu "shoping" makanan kat pasaraya NIRWANA kat seberang sekolah tuh..siap mak aku kirim air vitagen lagi..haha

menjelang malam..
atas arahan Sultan Pahang kami sekali lagi diarahkan berpindah ke Dewan Mat Kilau (dekat KIPSAS) sebab keadaan sekolah tuh sendiri ditenggelami air dan bekalan elektri telah diputuskan atas tujuan keselamatan..masa orangII lain sibuk berpindah ke tempat lain..pak cik - pak cik aku angkut kiteorang naik motor pindah ke rumah mak saudara aku di semambu..

keesokan harinya..

pak cik aku dari kampung datang ambil kiteorang kat rumah mak saudara aku dan finally family kiteorang balik kampung..tapi ayah aku tak follow..nak tengok keadaan rumah,,tak silap aku masa tuh banjir dah beransur surut..dan kerjaII pembersihan rumah ayah aku yang settlekan bersamaII pak cik - pak cik aku..dan banyak jugak lah yang aku dengar jumpe macamII jenis binatang sesat..ikan lah..belut..ular air dan macamII lagi lah..

#sebahagian memori bersama arwah nenek tersayang..dan tak terfikir plak nak snap pic =')



23/12/2012

.. awak ..


Awak ,
maafkan saya sbb dh kurang beri perhatian pd awak,
saya hanya memerhati awak dari jauh ,
maafkan saya kerana dah jarang ambil tahu pasal awak ,
mungkin hati ini sudah beku,
mungkin jua hati ini semakin jauh ..

Awak ,
Bagi saya mengenali awak adalah memori terindah utk saya ,
Allah telah temukan kita ,
semakin saya menidakkan kehadiran awak ,
semakin awak hadir dalam hidup saya ..

Awak ,
Biarlah saya begini ,
Allah lebih tahu
apa sahaja yg akan terjadi ,
Hanya Allah yg tahu perasaan saya ,
Saya tahu saya tidak bererti lgsg pd awak,
Saya doakan awak akan bahagia dan terus bahagia ,
walaupun tanpa diri saya .

Awak ,
Maafkan saya sekali lagi ,
Maafkan saya kerana jauhkan diri dari awak,
Semoga saya dan awak menemui cinta sejati ,

Cinta yg menuju ke jalan Allah ,
Cinta kekal Abadi ,
Cinta pada Yg Maha Esa

#kopi dan pasta

chaiyok cik didin

sedar tak sedar perjuangan aku dah hampir pada garisan penamatnya..dua tahun telah berlalu dan setahun lagi bakal dilalui..sepanjang dua tahun ini sudah banyak kenangan,pengalaman, pengetahuan yang aku dapat..so semester kali ini semakin mencabar.. tujuh subjek yg akan aku ambil dan empat daripadanya mempunyai credit hour yang tinggi..dan semua lectureII pada kali ini lelaki..kecuali lecture communicative english 3..harapII mereka sportingII belake..dan agak tekanan lah bagi aku sebab subject first yang aku belajar ambik masa 2 jam untuk menerangkan definisi..definisi sahaja...but..think positive lah kan..even byk tersimpang dari subject pun tp sekurangIInya still dapat ilmu disitu..dan paling part paling happy Penasihat Akedemik aku a.k.a PA kembali bertugas setelah sekian lame cuti sakit..seolah menyambut kepulangan kami dari praktikal gitu..semoga semester kali ini aku dapat bangkit dari kejatuhan aku pada semester yg sudahII..  dan azimat lecture aku yang menegaskan semester ini adalah semester untuk mengekalkan atau memperbaiki pointer sebelum ini kerana masa sudah suntuk untuk lakukan semua itu akan menjadi pengangan sepanjang semester ini(mudahIIan)..semoga semester kali ini lebih baik berbanding semesterII yang lepas..umur pun dah meningkat kan..?? =)