22/03/2013

~> aku sedang belajar memaafkan orangII yang telah melukakan aku samada mereka sedar atau tidak..aku sedang belajar bersabar atas setiap apa yang terjadi..walaupun telah ada sedikit ketidaksabaran itu telah berlaku..maafkan aku atas tindak balas yang telah aku lakukan..aku sedang belajar menerima hakikat yang aku juga bersalah dalam setiap apa yang telah terjadi..kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi <~

mistakes are meant to be made, just make sure you learn from them

10/03/2013

hari ini milik anda

"aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan: "wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi.

"wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."

"hari ini milik anda", adalah ungkapan paling indah dalam "kamus kebahagiaan", kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.



aku tertarik dengan 3 perenggan terakhir bab 3 : Hari Ini Milik Anda..dalam buku "Jangan Bersedih : Don't Be Sad" yang aku beli guna Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)..bagi pandangan personal aku tak perlu kita sesali apa yang sudah berlaku semalam kerana ia telah berlaku dan kita tidak dapat mengubahnya..hari ini milik kita..dan esok masih dalam keghaiban kerana tak semua yang kita rancang akan berlaku..

"setelah kesulitan pasti ada kesenangan"

06/03/2013

People will never stop asking...

When you're single, people ask about gf/bf.

When you have one, they ask is there any future?
When u have a fiance, they ask about wedding?
When u get married, they ask when will u have a baby?
When u already have one, they ask when is little brother or sister coming?
When u get... divorced, they ask why?
If u moved on, they ask why so quickly?
People will never stop asking...

If you're proud of who u are and u don't care about what people think about you, because it's YOUR LIFE and YOU alone should decide how to LIVE IT.

*copypaste

05/03/2013

LaHaD DaTu,SaBaH

take care awak.. 
saya doakan semuanya selamat..
dan doa rakyat malaysia sentiasa mengiringi kalian..

the most important.. DOA


#PrayForSabah

thanks..atas ingatan awak pada saya..


05/02/2013

diyana

..mencari DIYANA yang kini menghilang.. 
..wake up DIYANA..
..come on..kau harus tabah..be strong..

26/12/2012

Banjir..2001 dalam kenangan

apabila banjir melanda bandar kuantan baruII nie dan hampir melumpuhkan seluruh bandar kuantan tetibe memori aku terus terlakar kenanganII semasa banjir besar yang melanda kawasan rumah aku kat sungai isap..semua perumahan dan kawasan dalam sungai isap ini tenggelam..masa tu aku baru je berumur 9 tahun..dan adik aku yang bongsu still lagi dalam kandungan mak aku..masa kejadian tu berlaku masih lagi dalam mood raya..masa kejadian tu parent aku,aku,adik aku yang first, arwah nenek aku dan sepupu aku dua orang ada kat rumah..abang aku kene tinggal kat kampung sebab tak muat kereta dah nak balik sekali..

pagi dalam lingkungan 02.30 pg..
arwah nenek aku kejutkan aku ngan spupuII aku bangun.."bangunII..air masuk rumah"..tu la kataII arwah nenek aku..aku ngan sepupu aku yg masih mamai nie bangun dan tengok tak dek pun air masuk dalam bilik aku..keluar2 je tengok air dah penuh dekat ruang tamu..dan kenangan paling best mak ayah ngan nenek aku sibuk kemasII barang aku ngan spupuII aku siap boleh main rajaII lagi..maklumlah kedudukan kerusi dah tinggi..haha..buruk betul perangai..bukan nak menolong..menyemak adalah..haha

siang kejadian..
dalam pukul 7.30 kiteorang satu perumahan dapat arahan suruh pindah dan pastikan ahli keluarga masingII cukup bilangannya..kiteorang ramaiII harung banjir nak pergi ke pusat pemindahan..sampai kat depan lorong  rumah aku ada bot bomba dan penyelamat dah tunggu..muka bangga je dapat naik bot..haha..sampai kat satu tempat tuh kiteorang kene turun..sebab bot tersangkut dengan bonggol..so dah tak boleh gerak..jalan lah kaki sampai ke depan..air punya la tinggi sampai ke paras bahu aku..jinjit aku jalan dalam air.. takut lemas..haha..sampai satu tempat tu ada seorang nenek yang lebih kurang sebaya dengan arwah nenek aku tumpang die naik rakit..macam best je tengok nenekII tu naik rakit.. =).. sampai kat depan simpang masuk perumahan sungai isap tu truckII polis dan tentera dah sedia menanti..kiteorang ditempatkan di sekolah kebangsaan batu 3..

sampai kat sana ada mak cik tu bagi makan free..kebetulan rumah die kat area sekolah tu buat buat kenduri khawin..tapi dah banjir..so kira dah rezeki kiteorang la dapat makan..kiteorang duduk dalam kelas tingkat 3..atas sekali..sebab kat kelas tingkat bawah dah ditutup sebab ditenggelami air..aku pun tidur tak sedar dunia atas meja kelas tuh..sedarII adik aku dah dapat baju..dan tengahII mamai tu ada orang hulur mamee kat aku..dan sempat lagi diaorang yang ada kat pusat pemindahan tu "shoping" makanan kat pasaraya NIRWANA kat seberang sekolah tuh..siap mak aku kirim air vitagen lagi..haha

menjelang malam..
atas arahan Sultan Pahang kami sekali lagi diarahkan berpindah ke Dewan Mat Kilau (dekat KIPSAS) sebab keadaan sekolah tuh sendiri ditenggelami air dan bekalan elektri telah diputuskan atas tujuan keselamatan..masa orangII lain sibuk berpindah ke tempat lain..pak cik - pak cik aku angkut kiteorang naik motor pindah ke rumah mak saudara aku di semambu..

keesokan harinya..

pak cik aku dari kampung datang ambil kiteorang kat rumah mak saudara aku dan finally family kiteorang balik kampung..tapi ayah aku tak follow..nak tengok keadaan rumah,,tak silap aku masa tuh banjir dah beransur surut..dan kerjaII pembersihan rumah ayah aku yang settlekan bersamaII pak cik - pak cik aku..dan banyak jugak lah yang aku dengar jumpe macamII jenis binatang sesat..ikan lah..belut..ular air dan macamII lagi lah..

#sebahagian memori bersama arwah nenek tersayang..dan tak terfikir plak nak snap pic =')



23/12/2012

.. awak ..


Awak ,
maafkan saya sbb dh kurang beri perhatian pd awak,
saya hanya memerhati awak dari jauh ,
maafkan saya kerana dah jarang ambil tahu pasal awak ,
mungkin hati ini sudah beku,
mungkin jua hati ini semakin jauh ..

Awak ,
Bagi saya mengenali awak adalah memori terindah utk saya ,
Allah telah temukan kita ,
semakin saya menidakkan kehadiran awak ,
semakin awak hadir dalam hidup saya ..

Awak ,
Biarlah saya begini ,
Allah lebih tahu
apa sahaja yg akan terjadi ,
Hanya Allah yg tahu perasaan saya ,
Saya tahu saya tidak bererti lgsg pd awak,
Saya doakan awak akan bahagia dan terus bahagia ,
walaupun tanpa diri saya .

Awak ,
Maafkan saya sekali lagi ,
Maafkan saya kerana jauhkan diri dari awak,
Semoga saya dan awak menemui cinta sejati ,

Cinta yg menuju ke jalan Allah ,
Cinta kekal Abadi ,
Cinta pada Yg Maha Esa

#kopi dan pasta